Pembiayaan Korporat - Pembekalan & Perkhidmatan

Pembiayaan Korporat dikhususkan untuk syarikat yang mendapat tawaran kerja (Letter Award) daripada jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat berkepentingan kerajaan (GLC). 
Pembiayaan ini terbuka kepada syarikat Sdn Bhd atau Pemilik Tunggal atau Perkongsian dengan rekod perniagaan yang baik, bertanggungjawab dan mampu mengendalikan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak pemberi kontrak (paymaster).

Pemberi tawaran kerja yang dikhususkan dari:
  1. Jabatan dan agensi-agensi kerajaan (Rujuk: http://bit.ly/2onGoGA)
  2. Badan-badan berkanun (Rujuk:http://bit.ly/2n9kl6n)
  3. Syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) yang terpilih.
Maklumat pembiayaan adalah seperti berikut:
Skim 1
  • Produk : Pre Factoring
  • Jumlah Pembiayaan : 50% daripada nilai Surat Tawaran (LA/LO)
  • Jangkamasa Pembiayaan : Bergantung kepada syarat dan terma di Surat Tawaran (LA/LO)
  • Kadar Bunga (Interest Rate): Boleh dirunding

Skim 2
  • Produk : Corporate Financing Scheme 2
  • Jumlah Pembiayaan : 100% daripada harga barang.
  • Jangkamasa Pembiayaan : Bergantung kepada syarat dan terma di Surat Tawaran (LA/LO)
  • Kadar Bunga (Interest Rate): Boleh dirunding

Syarat-syarat asas pembiayaan:
  • Syarikat mesti beroperasi lebih dari 1 tahun yang menjalankan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan.
  • Syarikat mesti mempunyai pejabat yang mempunyai kemudahan telefon untuk tujuan lawatan tapak (site visit).
  • Mempunyai Surat Tawaran Kerja (LA/LO) terkini daripada agensi yang terpilih.

Dokumen yang diperlukan:
  • Salinan Kad Pengenalan/IC - semua pemilik syarikat/pengarah syarikat.
  • Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM) untuk syarikat Enterprise / Form 9, 24, 48 dan M&A untuk syarikat Sdn Bhd.
  • Salinan 1 tahun penyata akaun syarikat terkini.
  • Profil Syarikat (Company Profile).
  • Salinan Surat Tawaran Kerja (Letter Offer/Letter Award) - terkini dan masih sah (valid)
  • Lengkapkan borang permohonan. (sila email kepada pinjaman@email.com untuk mendapatkan borang).
Tempoh proses : 2 - 4 minggu bergantung kepada dokumentasi.

Fee Perunding (Consultation fee) : Boleh dirunding.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan pembiayaan ini, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. (Klik sini)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.